HAL EHWAL MURID


(1) SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

Matlamat Pemberian SPBT
  • Meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
  • Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah diperkenalkan sejak tahun 1975 kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Skim ini bertujuan memastikan murid daripada keluarga kurang berkemampuan menerima kemudahan pinjaman buku teks. Pada tahun 1983, SPBT telah diperluaskan ke Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR). Pengukuhan SPBT telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2008 dengan menyediakan kemudahan pinjaman percuma kepada murid tanpa mengira status sosio ekonomi selaras dengan kehendak masyarakat yang bersesuaian dengan dasar SPBT itu sendiri.
Kini Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan pembaharuan dalam bahan pengajaran dan pembelajaran dengan menerbitkan CD-ROM pada setiap keluaran buku teks. CD-ROM tersebut mengandungi teks, ilustrasi grafik, animasi, audio, video, multimedia interaktif dan aktiviti interaktif termasuk simulasi, permainan komputer dan ujian (penilaian) interaktif. Ia juga dilengkapi dengan bku catatan elektronik yang dikenali dengan e-journal sebagai alat komunikasi. Selain menerbitkan buku teks yang menepati kehendak kurikulum dan berkualiti tinggi, usaha telah diambil untuk memastikan pakej buku teks yang diterbitkan sesuai untuk kumpulan sasar dan membantu untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Setiap murid juga diberi peluang untuk menggunakan CD-ROM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

JAWATANKUASA

PENGERUSI
BAHARIM B. MD DAUD
GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI
JUNAIDI B. BEE
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

NAIB PENGERUSI
JAAFAR B. DAUD
PENOLONG KANAN KURIKULUM
RIAH@HARIAH BT. BOHRI
PENOLONG KANAN KO KURIKULUM

SETIAUSAHA
NOOR ASYIKIN BT. ISMAIL

TIMBALAN SETIAUSAHA
SUZANNE IRWIN ALONG

AJK
SEMUA GURU KELAS

___________________________________________________________


(2) PENGURUSAN ASRAMA


FOKUS KECEMERLANGAN ASRAMA

1. Dasar kualiti
Jawatan kuasa Pengurusan Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau telah meletakkan empat fokus utama dalam pengurusan asrama iaitu sahsiah,akdemik,keceriaan dan kokurikulum.
Fokus strategik Jawatankuasa asrama adalah memastikan pengurusan asrama yang cemerlang dan pembentukan sahsiah muriah murid yang efisien dan berkualiti memenuhi tuntutan semasa iaitu melahirkan modal insan terbilang sejajar dengan moto “Asrama Terbilang Insannya diJulang”.

2. Matlamat :
    2.1. Mempertingkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran asrama.
    2.2. Mewujudkan suasana kondusif sebagai tempat tinggal untuk belajar.
    2.3. Mempastikan amalan budaya hidup cemerlang sentiasa dan semangat setiakawan serta “asramaku rumahku”
          diamalkan.
    2.4. Memastikan semua penghuni mendapat makanan yang berkualiti memenuhi keperluan kesihatan minda dan
           jasad melalui amalan pemakanan yang seimbang.
    2.5. Memastikan asrama sentiasa selamat untuk penghuninya.

3. Jangkaan Impak
Melalui strategi, perancangan dan aktiviti yang dijalankan oleh Jawatan kuasa Pengurusan Asrama adalah sangat diharapkan pelajar-pelajar dapat menghadapi pembelajaran dengan lebih selesa .Disamping dapat mengamalkan budaya hidup beragama dan cemerlang pada masa hadapan,berakhlak mulia,berhemah tinggi,cerdas dan cergas.Justeru modal insan terbilang dapat dihasilkan bagi memenuhi tuntutan masyarakat dan semasa.

JAWATANKUASA

PENGERUSI
BAHARIM B. MD DAUD
GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI
JUNAIDI B. BEE
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

NAIB PENGERUSI
JAAFAR B. DAUD
PENOLONG KANAN KURIKULUM
RIAH@HARIAH BT. BOHRI
PENOLONG KANAN KO KURIKULUM


WARDEN
MOHAMAD TUAH HJ IBRAHIM


PENYELIA ASRAMA
JUNAINAH AJON


PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM [A])
RALMIAZURI BUSERAL
MASLINA ABG MONIR


PRA (TUKANG MASAK)
RAKHNAH JOHNY
MAWAR PI'II

___________________________________________________________




0 ulasan:

Catat Ulasan